♥fifi blogger girl ♥㋡

Selasa, 25 Ogos 2009

Perjanjian Toyol.......


JOHOR BAHRU: Akibat mahukan kesenangan berterusan menerusi jalan haram, segelintir pemuja toyol sanggup memeterai perjanjian luar biasa termasuk memenuhi permintaan pelik makhluk halus itu yang ingin melihat tuannya melakukan hubungan seks di luar nikah.

Perjanjian yang dibuat pemuja berkenaan selepas roh toyol itu dibangkitkan, adalah antara habuan diterima makhluk berkenaan yang mampu menyelinap bilik berkunci dan mencari wang disorok bagi melakukan tugas mencuri di kediaman penduduk.

Selain itu, toyol berkenaan juga diberi makan ayam dan dihadiahkan barang permainan kanak-kanak oleh pemujanya setiap kali berjaya menyerahkan wang curi.

Perbuatan tidak bertanggungjawab pemuja toyol itu yang berani melakukan perjanjian berkenaan walaupun menyedari ia perbuatan syirik dan dilaknat Allah, kebiasaannya tidak disedari ahli keluarganya.

Perkara berkenaan didedahkan seorang pengamal perubatan tradisional, Hafizan Abdullah, 55, yang turut terkilan dengan kewujudan perjanjian luar biasa antara pemuja toyol dan makhluk halus yang dikatakan mempunyai perangai seperti kanak-kanak.

“Apa yang pelik, apabila ditanya sama ada tuan mereka memberikan darah sebagai makanan supaya melakukan perbuatan mencuri, makhluk halus berwarna hijau, bermata merah dan setinggi paras betis sebaliknya memberitahu ganjaran mereka adalah melihat pemuja melakukan hubungan seks tanpa pengetahuan dengan pasangannya.

“Toyol berkenaan juga diberikan makan ayam dan barang permainan kanak-kanak oleh pemuja setiap kali berjaya menyerahkan wang dicuri itu.

“Apa yang mengecewakan, perbuatan tidak bertanggungjawab pemuja toyol itu yang berani melakukan perjanjian itu tanpa disedari ahli keluarganya mengakibatkan keseluruhan keluarganya terpaksa menanggung dosa,” katanya yang mendakwa pernah menghalau makhluk halus berkenaan yang berjaya diperangkap di kediaman penduduk di sekitar Ulu Tiram dan Pasir Gudang beberapa bulan lalu.

Hafizan berkata, sikap tidak bertanggungjawab pemuja toyol yang sanggup membuat perjanjian luar biasa itu sebagai mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang bagaimanapun mengundang masalah kepada diri sendiri apabila ingkar permintaan makhluk itu.

Menurutnya, pemuja yang gagal memenuhi permintaan boleh mengakibatkan makhluk berkenaan mengganas termasuk merosakkan barangan di rumah atau menimbulkan perselisihan faham antara ahli keluarga.

“Ada juga yang berdegil dan enggan mengikut arahan pemuja atau pemiliknya apabila permintaan remeh itu gagal dipenuhi.

“Akhirnya pemuja terbabit yang melakukan amalan terpesong itu terdesak untuk memberi habuan dipinta bagi memastikan tidak dilanda masalah biarpun menyedari perbuatan perbuatan ini haram di sisi agama kerana ia menyekutukan Allah,” katanya.

Menurut Hafizan, orang ramai boleh mengetahui kehadiran toyol dengan menabur kekacang dalam rumah mereka pada waktu malam.

Katanya, sekiranya taburan berkenaan tersusun atau terkumpul di satu tempat, ia membuktikan kehadiran toyol berkenaan yang leka bermain dengan barangan terbabit.

“Kebiasaannya, orang ramai bingung berikutan kes kehilangan wang yang disimpan di rumah makin menjadi-jadi. Tambahan pula, jumlah wang yang hilang itu hanya bernilai kecil walaupun disimpan di tempat paling sukar dikesan.

“Cara yang paling berkesan bagi menghindari kediaman daripada gangguan syaitan mahupun iblis adalah bacaan ayat Kursi dan berdoa, “ katanya.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata perbuatan membela iblis seperti toyol amalan orang jahiliah yang tidak bertamadun.

Nota-Toyol nie salah satu spesis Jin yang suka melakukan kejahatan. Sesiapa yang berminat nak tempah seat kat neraka boleh hubungi Toyol ini dimana jua anda berada!

Makan Bayi Panggang???

Seorang bayi meninggal di rumahsakit, siap untuk dan dipotong-potong
Otak si bayi diambil untuk diawetkan
Seorang wanita sedang memilihi otak bayi
Otak bayi sedang diiris-iris untuk disajikan
Mayat bayi sedang dicuci untuk dimasak
Panggang bayi udah siap untuk disajikan
Sedang makan panggan bayi

Semua ini berlaku di Jepun,

Nauzubillah, di manakah akal dan kewarasan manusia ini?





Buah Berwajah Manusia


Betul ke pokok ini menghasilkan buah yang berbentuk muka orang. Adakah ini tumbuhan spesis baru atau ada unsur misteri yang berselindung disebalik kejadian ini. Kalo korang nak tahu, sepohon pokok berbuah bentuk muka orang ni terjadi di Thailand. Aku sendiri pun tak sure macam mana pokok ni boleh berbuah macam ni. tapi aku rase cara nak dapat shape kat buah ni same macam buah tembikai petak. So, aku rase diorang letak topeng kat buah ni…hurm..spesis pokok ape ni? Ni la kiub tembikai ...

SeNI Tembikai





Ala…gambar-gambar kat atas ni dah biase tengok kat kenduri kahwin…Okay, jom tengok yang luar biase lak

Macam sedap kan..yum..yum


Yang ni paling geli, ade sape-sape nak try??